Pendidikan Helle Thorning-Schmidt

Beliau berkelulusan ijazah sarjana sains politik dari Universiti Copenhagen pada tahun 1994. Beliau juga memegang ijazah sarjana pengajian Eropah jurusan dasar dan pentadbiran awam dari Kolej Eropah, sebuah universiti elit di Bruges, Belgium (1992-1993). Beliau fasih berbahasa Inggeris, Perancis dan bahasa Denmark.

Berkahwin dengan Stephen Kinnock yang ditemui ketika menghadiri College Eropah di Belgium. Mereka mempunyai dua orang anak.Beliau seorang demokrat sosial semasa belajar di Belgium dan menyertai Parti Demokrat Sosial Denmark pada tahun 1993.